Mesyuarat dimaklumkan bahawa lokasi pengambilan jubah graduan akan DIPINDAHKAN dari Kantin PSMZA ke Pusat Sumber (Perpustakaan) pada 6 September 2026 .
Sila ambil perhatian bahawa pembayaran yuran Majlis Konvokesyen Ke-23 perlu dibuat melalui aplikasi iPayment .
Sila ambil perhatian bahawa pembayaran yuran untuk Persatuan Alumni telah ditukarkan dari Akaun Maybank ke Akaun Bank Rakyat. Sila rujuk nombor akaun di halaman Panduan Pembayaran .
Platform rasmi untuk pengurusan dan semakan maklumat konvokesyen pelajar.
Para graduan yang dihormati, pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan para graduan yang tamat pengajian sesi II : 2024/2025 dan sesi I : 2025/2026. Sukacita dimaklumkan saudara/saudari dijemput untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-23 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Para graduan yang dihormati, pembayaran yuran untuk Majlis Konvokesyen ke-23 adalah melalui aplikasi iPayment dan bukan lagi ke akaun Bank Rakyat Koperasi PSMZA. Manakala bagi bayaran ke Persatuan Alumni PSMZA, sila rujuk maklumat akaun terkini di halaman Panduan Pembayaran.
Sila tonton video raptai berikut sebagai panduan kepada para graduan sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen.
Sila tonton video raptai sehingga selesai bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang penting.
Sila rujuk tatacara pakaian berikut sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-23 PSMZA.
Bagi melengkapkan proses konvokesyen anda, mohon kerjasama untuk menjawab Kajian Pengesanan Graduan (KPG) 2026 seperti ketetapan berikut:
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi
Pegawai Kajian Pengesanan Graduan 2026 di talian:
09-8400987 / 019-9807881 / 014-5403655
Kerjasama anda amatlah dihargai.
Terima kasih & selamat maju jaya,
graduan PSMZA!